Monday 9 May 2016

harini aktiviti ulankaji matapelajaran..

guna dua laman web

1. www.teach-ict.com

http://www.teach-ict.com/

2. www.eduwebtv.com

anak murid sgt gembira kerana dpt bermain sambil belajar

Thursday 14 November 2013

haha...sori...kat cc ni...terpaksa simpan kat sini sbb masalah yg xdapat dielakkan

Thursday 16 May 2013


dah lama sebenarnyer nak upload video ni...tapi tak berkesempatan...ni baru ada masa, sajer jer nak simpan kat sini, boleh buat kenangan kalau tetiba suatu hari simpanan dalam laptop dah xder... : )

Monday 1 April 2013

kuiz peripherals

http://www.quiz-creator.com/qms/quiz.php?u898214q46646v-1829970849

Monday 11 March 2013

"SEMANGAT GURU YANG TAK PERNAH PADAM"

Baru seketika tadi aku selesai membaca nota ringkas dari Mr Lan, guru cemerlang Matematik di SMKAA mengenai "Top Ten Things I Wish I Had Known When I Started Teaching" karya Cynthia Thomas melalui bukunya Empowering The Beginning Teacher In Mathematics.. notanya hadir setelah hati ini berbelah bahagi samada diriku benar2 ikhlas untuk menjadi guru ataupun tidak...berderai airmata kerana takdirku sudah ditentukan disini...pertolongan dariNya hadir tatkala aku hampir lemas dibuai keresahan..malu dengan pelajar yang aku kira mungkin saja tersedar aku sedang menahan takungan airmata di depan kelas semasa relief..malu dengan diri sendiri kerana sering saja merungut dengan masalah yang menimpa diri..padahal, setiap yang terjadi pada diri sendiri adalah dengan izin Allah yang Maha Esa...

ingin saja aku kongsikan disini, tapi mungkin nanti, setelah aku scan nota yang kuterima tadi...terima kasih Mr.LAn kerana walaupun kita berbeza bangsa, dapatku lihat keikhlasan seorang guru dalam jiwa cikgu...akan kekal terpahat panggilan itu ke atas mana2 guru sekalipun kerana ia panggilan keramat...nota itu tadi membuat diriku sedar, bukan aku seorang sahaja mempunyai masalah yang sama.

Berikut merupakan tips-tips yang ingin aku kongsi:

1..Not every Student will be interested every minute
 ** the solution is to change your tone of voice, move around the room, or switch from lecturing to some other activity

2..If a lesson is going badly,stop
 **regroup and start over with a different approach or abandon your planned lesson entirely and go on to somthing else

3..Teaching will get easier
**maybe not tomorrow or even a next week, but at some point in the year, your job will be easier!!

4..You do not have to volunteer for everything
**do not feel that you always have to say yes each time you are asked to participate
 
5..Not every student or parent will love you
** Students do not need a friend who is your age, they need a facilitator, a guide, a role model for learning
 
6..You cannot be creative in every lesson
*for those subjects that do not inspire you, you can turn to other resources to help
 
7.. No one can manage portfolios, projects, journals, creative writing and student self-assessment all at the same time and stay sane!
**pick one for this year and make it priority in your classroom

8..Some days you will cry, but the good news is, some days you will laugh!


9..You will make mistakes
**if the mistake requires an apology, make it and move on.
 

10.. This is the best job on earth!
**proudly announce "i am a teacher!!" 


Sunday 24 February 2013

Tiga minggu pertama yang sudah berlalu...

saje nak share apa yang aku pernah dpt di SMKAA:


 gambar ni dilukis sendiri oleh Puan Norsiah, Guru ICT merangkap penyelaras bestari bagi SMKAA. Konsepnya adalah sebuah gua yang menyimpan segala khazanah dan ilmu2 lama mengenai evolusi komputer disini...menarik konsep tu..tapi bahagian ini akan dibantu oleh guru praktikal dari UNISZA yang lagi sorang iaitu Puan Norkhalisah Muhthar iaitu K.Lisa kita... :)... tugas aku kat bahagian depan, siapkan model komputer sebenar untuk dijadikan pameran...lupa pulak nak amek gambo, kalo tak boleh share kat sini...nantila,biler dah siap yer...

 ini pulak gambar dalam bilik kaunseling..fail-fail disusun rapi agar senang nak mencari maklumat di kemudian hari..setiap fail berlainan disediakan untuk maklumat-maklumat mengenai IPTA dan IPTS yang ada di seluruh Malaysia...jadinya tak de la alasan kalau tak jumpa maklumat tentang IPTA n IPTS lepas ni sebab semuanya dah disusun secara teratur dan rapi.
 
 ni la kawasan kerja kami, guru praktikal tak lama lagi...perkataan kat situ akan dipadam dan dinding akan dicat semula untuk dilukis dengan lukisan mural yang baru...xsabar nak tgk hasil akhir...hehe..mujurlah ada guru praktikal DPLI UPSI yang amek subjek Seni mengetuai pasukan mural kami...xdela risau sangat...aku ni bukan reti melukis pun..cat dinding+tolong campur warna boleh la...hehe

 inilah barisan pentadbir yang sangat sporting & tak menolak langsung bile aku mintak nak amek gambar diorg..siap senyum meleret lagi..tq2... dari kanan, guru mate kalau xsilap, sebelah tu puan Zaharidah(GPK KOKO), YDP PIBG (Xingat nama, maaf yer tuan YDP), Cikgu Wan Zul (GPK Pentadbiran), GPK Pendidikan Khas, Pengetua SMKAA,yang tiga orang tu ahli tertinggi PIBG(maaf yer, saya tak ingat nama), dan tiga yang paling kanan tu guru2 SMKAAA.. gambar ni diambil masa mesyuarat PIBG sabtu yang lepas...hai,rupanya sehari jer duk kat umah minggu ni eh...sampai sabtu pun keje lagi...tengok??sape kata keje cikgu ni senang + boleh balik awal? tu semua auta la

 ni gambar persiapan untuk majlis jamuan dif-dif terhormat sebelum mensyuarat agung PIBG bermula


 hahahahaha....cuba teka gambar apa kat atas ni????ni la gambar salah satu tandas kat SMKAA..buat pengetahuan semua, sekolah ni dapat johan dalam Pahang dalam kategori tandas terbaik..peringkat kebangsaan pulak jatuh n0 3..tandas guru pulak siap ada buku+kerusi untuk rehat sebentar sementara tunggu giliran...aduhai...mmg terbaikla...ni first time jumpa tandas sekolah yang betul2 bersih..kalau x, korang paham2 jela apa yang pernah korang nampak kan?aku pun tak payah nak citer panjang2 pasal tu.imagine sendiri jela..

sampah kat sini mmg jarang nak jumpa sebabnya sekolah melaksanakan sistem "tiada tong sampah dalam kelas". kalau student nak buang sampah, kena minta izin dari guru matapelajaran untuk buang sebab setiap aras hanya ada satu tong sampah sahaja disediakan.dasat kan? Sampah kat kawasan sekolah pun boleh kira jer ada baper..itu pun kejap je ada,student kat sini memang dilatih untuk pastikan kelas,sekolah dan persekitaran sekolah sentiasa sifar sampah..bagus2..barula tenang nak belajar...masuk kelas pun takde bau busuk, cikgu pun senang hati nk ngajar..
 

akhir sekali...inilah barisan guru-guru praktikal yang sudi memberi serba sedikit tenaga untuk disumbangkan ke pihak sekolah sekiranya diperlukan...walaupun kadangkala aku rasa tertekan sebab kena curi masa nak study untuk PnP, namun aku bersyukur kerana berpeluang datang ke sekolah ini untuk menimba ilmu. terima kasih kepada guru-guru SMKAA yang sanggup meluangkan masa memberi tunjuk ajar di saat kami benar-benar memerlukan...apa yang aku boleh berdoa, semoga Allah sentiasa memberi kemudahan kepada kami semua untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi tanpa mengabaikan tanggungjawab kami yang utama sebagai guru pelatih iaitu untuk melatih diri sendiri menjadi guru yang sentiasa berusaha mendidik pelajar menjadi pelajar yang berguna...Harapan aku ialah:semoga aku ada masa yang cukup untuk menyediakan LESSON PLAN yang menarik dan berkesan serta memenuhi kehendak penyelia...itu jer harapan paling besar aku ketika ini..risau sebabnya tujuan utama aku datang ke sekolah ini adalah untuk menimba ilmu dan menghabiskan sem tiga ni dengan baik... (",)..doakan kami semua yer...terima kasih kawan2...