Sunday, 24 February 2013

Tiga minggu pertama yang sudah berlalu...

saje nak share apa yang aku pernah dpt di SMKAA:


 gambar ni dilukis sendiri oleh Puan Norsiah, Guru ICT merangkap penyelaras bestari bagi SMKAA. Konsepnya adalah sebuah gua yang menyimpan segala khazanah dan ilmu2 lama mengenai evolusi komputer disini...menarik konsep tu..tapi bahagian ini akan dibantu oleh guru praktikal dari UNISZA yang lagi sorang iaitu Puan Norkhalisah Muhthar iaitu K.Lisa kita... :)... tugas aku kat bahagian depan, siapkan model komputer sebenar untuk dijadikan pameran...lupa pulak nak amek gambo, kalo tak boleh share kat sini...nantila,biler dah siap yer...

 ini pulak gambar dalam bilik kaunseling..fail-fail disusun rapi agar senang nak mencari maklumat di kemudian hari..setiap fail berlainan disediakan untuk maklumat-maklumat mengenai IPTA dan IPTS yang ada di seluruh Malaysia...jadinya tak de la alasan kalau tak jumpa maklumat tentang IPTA n IPTS lepas ni sebab semuanya dah disusun secara teratur dan rapi.
 
 ni la kawasan kerja kami, guru praktikal tak lama lagi...perkataan kat situ akan dipadam dan dinding akan dicat semula untuk dilukis dengan lukisan mural yang baru...xsabar nak tgk hasil akhir...hehe..mujurlah ada guru praktikal DPLI UPSI yang amek subjek Seni mengetuai pasukan mural kami...xdela risau sangat...aku ni bukan reti melukis pun..cat dinding+tolong campur warna boleh la...hehe

 inilah barisan pentadbir yang sangat sporting & tak menolak langsung bile aku mintak nak amek gambar diorg..siap senyum meleret lagi..tq2... dari kanan, guru mate kalau xsilap, sebelah tu puan Zaharidah(GPK KOKO), YDP PIBG (Xingat nama, maaf yer tuan YDP), Cikgu Wan Zul (GPK Pentadbiran), GPK Pendidikan Khas, Pengetua SMKAA,yang tiga orang tu ahli tertinggi PIBG(maaf yer, saya tak ingat nama), dan tiga yang paling kanan tu guru2 SMKAAA.. gambar ni diambil masa mesyuarat PIBG sabtu yang lepas...hai,rupanya sehari jer duk kat umah minggu ni eh...sampai sabtu pun keje lagi...tengok??sape kata keje cikgu ni senang + boleh balik awal? tu semua auta la

 ni gambar persiapan untuk majlis jamuan dif-dif terhormat sebelum mensyuarat agung PIBG bermula


 hahahahaha....cuba teka gambar apa kat atas ni????ni la gambar salah satu tandas kat SMKAA..buat pengetahuan semua, sekolah ni dapat johan dalam Pahang dalam kategori tandas terbaik..peringkat kebangsaan pulak jatuh n0 3..tandas guru pulak siap ada buku+kerusi untuk rehat sebentar sementara tunggu giliran...aduhai...mmg terbaikla...ni first time jumpa tandas sekolah yang betul2 bersih..kalau x, korang paham2 jela apa yang pernah korang nampak kan?aku pun tak payah nak citer panjang2 pasal tu.imagine sendiri jela..

sampah kat sini mmg jarang nak jumpa sebabnya sekolah melaksanakan sistem "tiada tong sampah dalam kelas". kalau student nak buang sampah, kena minta izin dari guru matapelajaran untuk buang sebab setiap aras hanya ada satu tong sampah sahaja disediakan.dasat kan? Sampah kat kawasan sekolah pun boleh kira jer ada baper..itu pun kejap je ada,student kat sini memang dilatih untuk pastikan kelas,sekolah dan persekitaran sekolah sentiasa sifar sampah..bagus2..barula tenang nak belajar...masuk kelas pun takde bau busuk, cikgu pun senang hati nk ngajar..
 

akhir sekali...inilah barisan guru-guru praktikal yang sudi memberi serba sedikit tenaga untuk disumbangkan ke pihak sekolah sekiranya diperlukan...walaupun kadangkala aku rasa tertekan sebab kena curi masa nak study untuk PnP, namun aku bersyukur kerana berpeluang datang ke sekolah ini untuk menimba ilmu. terima kasih kepada guru-guru SMKAA yang sanggup meluangkan masa memberi tunjuk ajar di saat kami benar-benar memerlukan...apa yang aku boleh berdoa, semoga Allah sentiasa memberi kemudahan kepada kami semua untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi tanpa mengabaikan tanggungjawab kami yang utama sebagai guru pelatih iaitu untuk melatih diri sendiri menjadi guru yang sentiasa berusaha mendidik pelajar menjadi pelajar yang berguna...Harapan aku ialah:semoga aku ada masa yang cukup untuk menyediakan LESSON PLAN yang menarik dan berkesan serta memenuhi kehendak penyelia...itu jer harapan paling besar aku ketika ini..risau sebabnya tujuan utama aku datang ke sekolah ini adalah untuk menimba ilmu dan menghabiskan sem tiga ni dengan baik... (",)..doakan kami semua yer...terima kasih kawan2...

4 comments:

  1. Ya Allah..hebatnya sekolah ni..cantik..bersih..bertuah....

    ReplyDelete
  2. Nak follow blog ni macamana ye?

    ReplyDelete
  3. boleh2...sangat2 dialu-alukan....tak tau la...kene seting ke eh?nanti sy try godek2 dulu eh... :)

    ReplyDelete
  4. hebat sekolah awak..btuah badan dpt pengalaman praktikum kat situuu

    ReplyDelete